Friday, December 10, 2010

selesai

tarik nafas dan lepas !
itu yang aku rasa yang aku dapat buat selepas lebih setahun aku tertekan dengan beban yang bukan punca dari aku.
bila aku fikir dalam-dalam, aku tak tahu nilai KAWAN yang aku rasa aku pernah sama susah dan sama senang dengan yang pijak aku begini.

salah aku ke ?
salah dia ke ?
memang setiap yang punya diri ada hak untuk punya ini dan punya itu.
sama dengan kau biarkan diri kau tercampak dalam dunia yang bukan punya kau.
di sana pijak kau diam-diam, kau abaikan.
di sini pijak kau terang-terang, kau terus naik gila !

tapi..setelah kedepan, yang kau abaikan itulah yang senang pijak kau.
yang senang campak kau.
yang senang kau diabaikan.

*gelak besar

semakin aku mahu melepasi alam remaja, semakin tiada yang aku nampak boleh ada sinar tanpa henti.
aku memang bodoh.
tolol.

tapi di dalam perasaan yang kecamuk dan hampir ranap ini..
penyelamat cuma satu..yang sama..

terima kasih mama..terima kasih papa.

walau punya syarat yang sukar untuk aku turut.
kau cuba paham dan kau bantu.

itu akhirnya..
yang aku julang-julang..
yang aku gelak-gelak..
bila tiba aku jatuh..
hilang .

yang aku selalu abaikan..
yang selalu aku rasa aku mahu tinggalkan..
itu penyelamat .

paling penting..
aku bersyukur..
yang aku rasa beban paling aku takut ini..

selesai .

ALHAMDULILLAH......terima kasih TUHAN !






aku masih bernafas.
sumpah.

zetty noraini


Thursday, November 4, 2010

pedih

kaku..pedih..perih..
itu apa??
aku makin rasa aku sudah parah..kalau benar yang dia bukan milik aku..aku rasa aku patut biarkan.
aku harus lepaskan.

aku tahu dia bukan milik orang..sekarang !
esok lusa tulat..entah apa ceritanya.
kalau benar dia sudah ada seseorang..aku akan cuba pergi tanpa pandang ke belakang.
kerana tiada dua dalam setiap permintaan aku..kau perlu ingat.. !
aku pernah lontar kata ini pada kau..benar?

maaf jika aku terlalu emosi untuk meluahkan yang aku ada pada kalian yang entah siapa-siapa..

secara terang-terang aku tahu, aku makin parah.
maaf sebab aku tahu aku sedang mencintai seseorang, yang logikalnya aku hanya berteriak seorang.

aku makin sayang.
aku makin benci.
aku makin sakit.

amat sukar jika kita ada yang fizikalnya tidak mampu dan tidak kuat untuk nyatakan sesuatu..sebab aku bukan dewa atau dewi, yang dalam khayalannya mereka sangat cukup sifat dan parasnya.

kalau diberi satu peluang untuk aku lafazkan kata cinta yang aku ada pada seorang, aku akan pilih kau terus.
dan itu dengan janji kau masih tidak punya siapa-siapa.

hari demi hari.
waktu demi waktu.
detik demi detik.

yang secara kasar aku ingin terangkan tanpa kiasan, aku mahu kau tahu yang "aku sangat sayang kau lah sial !".

22 tahun aku mencari.
22 tahun aku cuba mencintai.
22 tahun aku menunggu.

aku sangat penat mencintai dan aku cuma mahu dicintai. aku tahu tuhan sudah bagi sempurna untuk aku.
tiada beza dengan sebelah-sebelah.
walau selalu aku dengar kata-kata nista yang dihamunkan untuk aku.

"gemok"
"suara bapok"
"buruk sial muka kau"
"kau gemuk doh"
"kalau kau kurus mesti aku orang pertama usha kau"
"suara kau cam laki la sial, kalau kau jadi pengkid memang real lah"
"wei !awek sorang."

memang perlu ayat itu kalau mahu berkawan dengan aku. agak lah.

dan dengan ini, aku nyatakan dengan jujur, aku sedang sangat sakit MENCINTAI seorang.

bodoh !

Monday, November 1, 2010

jujur

saya ada suka seseorang..
saya ada benci seseorang..
saya ada sayang seseorang..

itu tiga benda yang aku ada pada bulan tahun dan saat ini..
pelik..lama dah aku tak pernah rasa jantung main-main keluar masuk..
dan lama juga aku tak pernah rasa yang aku betul-betul lurus suka seseorang..
dan dia pulak adalah seorang lelaki..yang biasa..yang pernah aku tidak suka..dan bagi aku dia sangat biasa..sumpah!

maaf jika aku tersuka kau..tersayang kau dan biar kau lama-lama dalam aku..dalam hati..yang tidak pernah aku campakkan siapa2 sebelum ini..

sangat mengarut..sebab aku tidak pernah rasa ini..

aku rasa aku separuh normal...sekarang...

Sunday, August 1, 2010

mengarut

saya tidak pandai menulis terus..selalu guna kiasan atau luah hanya dalam puisi..
tapi saya cuba..saya rasa saya sakit..betul..saya tidak bohong..ini realiti..saya jarang sakit..kenapa sakit sekarang..minggu ni saya banyak latihan..futsal..bola jaring..semua tournament minggu ini...sakit cepat baik..saya takut sakit..sebab saya sangat takut mati..betul..saya tidak bohong..waktu ini makin rasa mahu kamu-kamu peluk saya..saya tak nak rasa seorang..saya takut..betul...saya tidak bohong..saya rasa saya makin takut mati..sebab saya mahu sempat sayang semua........................


zetty noraini...

Monday, July 26, 2010

masih ada

aku masih hidup..cuma kurangkan masa di sini..
sebab takut emosi menguasai..

terima kasih..

zetty noraini..